v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sukarelawan yang Bertugas Menunjuk Jalan Semasa Sukan Olimpik Beijing

2008-07-15 09:54:44 CRI

Ketua tim tersebut, Puan Gao Yuhong bertungkus-lumus menangani kerja-kerja pengurusan. Anggota tim itu diperingatkan untuk mengelakkan diri daripada bercakap 'saya tidak tahu' kepada setiap pelancong yang bertanya jalan.

Puan Gao berkata: "Saya mengarahkan anggota tim ini mengelakkan diri daripada bercakap 'saya tidak tahu' kepada mereka yang bertanya arah sesuatu tempat. Jika memang tidak dapat memberi jawapan yang pasti, mereka diharapkan memberitahu pelancong itu, 'tolong tinggalkan nombor telefon, kami akan menghubungi anda apabila memperoleh maklumat yang tepat.'"

Pada tanggapan Gao Yuhong, menunjuk jalan bukan sahaja bermaksud memberitahu mereka tentang bas awam boleh mana yang boleh dinaiki, tetapi juga meliputi maklumat yang beraneka ragam seperti, di mana dapat menyewa kerusi roda, di mana dapat tempat yang sesuai mengambil gambar yang elok dan lain-lain.

Selain daripada khidmat tunjuk jalan, Gao Yuhong masih megatur anggota tim sukarelawan mengikuti latihan membantu dalam hal-hal kecemasan anjuran Persatuan Palang Merah dan kursus anjuran sekolah orang pekak dan bisu. Tujuannya adalah untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran yang khas bagi membantu para pelancong.

Gao Yuhong berkata: "Suatu ketika, seorang budak perempuan pengsan di hadapan Taman Yihe. Saya berada di tempat kejadian pada masa itu dan turut mendail nombor telefon Persatuan Palang Merah, iaitu 120. Tidak lama kemudian, sebuah ambulans tiba."

Pada masa ini, Puan Gao Yuhong dan anggota tim sukarelawannya sudah boleh bertutur dengan baik bahasa Inggeris semasa membantu menunjuk jalan untuk warga asing.

----DAZHONG


1 2 3 4

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |