Pihak berkuasa Daerah Xuanwu Beijing menubuhkan pasukan sukarelawan daripada kaum wanita. Salah seorang anggotanya, Puan Zhao diberi tanggungjawab bagi menunjuk jalan ke destinasi pelancongan di Beijing. Beliau menjelaskan kepada wartawan CRI, untuk tugas ini beliau bukan sahaja perlu mengetahui keadaan tentang pelbagai laluan bas awam di sekitarnya, tetapi juga mesti mengikuti latihan mengenai penunjuk arah jalan dalam bahasa Inggeris.

Puan Zhao berkata: "Kami selalu membantu warga asing yang ingin mengetahui mengenai arah sesuatu tempat. Memandangkan bahasa inggeris kami kurang fasih, maka anggota pertubuhan sukarelawan kami mengupah seorang guru bahasa Inggeris menyelenggarakan kursus. Melalui kursus itu, kami mempelajari kata-kata tentang sebutan restoran, stesyen kereta api, malah 'kubik air', iaitu Pusat Renang Negara, 'sarang burung', iaitu Stadium Negara China, Istana Kuno, dan Tembok Besar."

Maka dijangkakan bahawa pasukan sukarelawan wanita tersebut akan dapat menyediakan perkhidmatan untuk menunjuk jalan dengan bahasa Inggeris yang fasih ketika pelaksanaan Sukan Olimpik pada Ogos nanti.

Puan Zhao berkata: "Setelah menamatkan kursus itu, kami dapat memahami maksud pertanyaan yang keluar daripada mulut warga asing dan boleh menjawab dengan jelas dalam bahasa Inggeris. Apabila mendengar jawapan 'Thank you very much', kami berasa amat gembira kerana dapat membantu menyelesaikan masalah mereka."
1 2 3 4
|