Tentang CRI
Siaran Bahasa Melayu
 
Login | Daftar
 
Cari:
Laman Utama | BeritaPelanconganKebudayaan Islam Belajar Mandarin Kenali BeijingChina ABC
 

AYG Ke-2 Berakhir di Nanjing
Berita
• AYG Ke-2 Berakhir di Nanjing 2013-08-25
• Perkampungan Budaya Asia AYG 2013-08-20
• Perkhidmatan Sukan Belia Asia Amat Baik 2013-08-18
More>>
Rencana
• Makna Sebenar AYG 2013-08-21
Sukan Belia Asia (AYG) Ke-2 yang diadakan di Nanjing, China sekarang merupakan temasya sukan yang cukup penting bagi atlet remaja dari pelbagai negara Asia. Kontinjen Malaysia yang menyertai AYG kali ini tidak besar, tapi pencapaiannya cukup cemerlang. Setakat hari ini, mereka berjaya memenangi satu pingat emas, dua pingat perak dan dua pingat gangsa. Ini meletakkan kontinjen Malaysia di tempat kedua dalam semua negara ASEAN.
More>>
Acara

    

    

    

    

Tentang AYG

Sebagai salah satu temasya sukan di bawah Majlis Olimpik Asia (OCA), Sukan Belia Asia (AYG) diadakan sekali setiap empat tahun.

OCA yang ditubuhkan pada 26 November tahun 1981 beribu pejabat di Kuwait. Ia satu-satunya pertubuhan yang mengurus sukan Olimpik di benua Asia. Kini, terdapat 5 temasya sukan bawah OCA, iaitu Sukan Asia (AG), Sukan Musim Sejuk Asia (AWG), Sukan Permainan Dalam dan Seni Memepertahankan Diri Asia (AIMAG), Sukan Pantai Asia (ABG) dan Sukan Belia Asia (AYG).

Keputusan mengadakan sukan berorientasikan belia diluluskan dalam sidang berkenaan OCA di Bangkok, Thailand pada 3 April tahun 2008. AYG menjadi temasya sukan ke-5 bawah OCA. Konsep ini berasal dari keputusan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (OIC) untuk mengadakan Sukan Olimpik Belia (YOG). AYG bertujuan untuk memperhebat interaksi pemuda antara pelbagai negara dan kawasan di Asia, menyemarakkan semangat Olimpik antara belia Asia dan menggalakkan mereka terlibat dalam kempen sukan, budaya dan pendidikan supaya hidup secara sihat.

AYG pertama diadakan di Singapura pada 29 Jun hingga 7 Julai tahun 2009. Seramai 1400 orang atlet yang berusia 14 hingga 17 tahun dari 43 buah negara dan kawasan Asia terlibat dalam pertandingan 90 acara bawah 9 kategori.

Persidangan OCA ke-29 diadakan di Guangzhou, China pada 13 November tahun 2010 dengan keputusan berkenaan dibuat supaya bandar Nanjing, provinsi Jiangsu, China mengadakan AYG ke-2 pada tahun 2013.

Keputusan tersebut bertujuan untuk memperkasakan sukan belia Asia, di samping menjadi percubaan bagi YOG di ibu kota provinsi itu pada tahun 2014.

Slogan AYG kali ini adalah "Celebrating Youth, Passionata Asia" yang bermaksud bahawa pemuda Asia saling mempelajari, saling menghormati, menikmati kegembiraan, keghairahan dan persahabatan di Nanjing.

Maskot AYG kali ini adalah "Yuanyuan".

Galeri Foto

AYG Ke-2 Berakhir di Nanjing

Makna Sebenar AYG

Perkampungan Budaya Asia AYG

"Kampung Budaya Asia" AYG di Nanjing

Perkhidmatan Sukan Belia Asia Amat Baik

Sukan Belia Asia Dirasmikan di Nanjing

Pengarah Jabatan Pentadbiran Am Sukan Nasional Ditemui Pesiden OCA

Tumbuh-tumbuhan Nanjing Baiki Suasana AYG
More>>
Makanan di Nanjing
Bebola Pulut Rebus dalam Tapai
Bebola Pulut Rebus dalam Tapai Pulut merupakan sejenis makanan ringan tradisional Shanghai. Bebola itu dibuat dengan tepung pulut direbus dalam air dan tapai manis. Tapai pulut manis ini merupakan sejenis wain daripada beras pulut yang ditapai.
More>>
Kembara di Sekitar Nanjing
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China