Chen Lei: China Perlu Laksanakan Sistem Pengurusan Sumber Air yang Paling Ketat 2009-02-16 Mesyuarat Sumber Air Kebangsaan China yang berlangsung selama dua hari telah berakhir di Bandar Guilin, barat daya China semalam. Menteri Sumber Air, Chen Lei dalam mesyuarat itu menyatakan bahawa China perlu melaksanakan sistem pengurusan sumber air yang paling ketat untuk menjamin pembangunan sosioekonomi secara berterusan.