Cari:
• China Bersedia Bersama-sama Pelbagai Pihak Mendorong Pertumbuhan Ekonomi Dunia yang Berterusan 2009-11-15
Sidang Tidak Rasmi Pemimpin APEC ke-17 telah ditutup di Singapura hari ini. Presiden China, Hu Jintao dalam ucapannya menyeru pelbagai pihak berusaha bersama-sama untuk mengekalkan trend pemulihan ekonomi dunia, mendorong pertumbuhan ekonomi dunia yang seimbang. Beliau menyatakan, China akan bekerjasa sama dengan masyarakat antarabangsa untuk menghadapi cabaran dan memberi sumbangan bagi pertumbuhan ekonomi yang inklusif, berterusan dan seimbang.
• Sidang Kemuncak Tidak Rasmi APEC ke-17 Dilangsungkan 2009-11-14
Sidang Kemuncak Tidak Rasmi APEC ke-17 berlangsung di Singapura hari ini. Pemimpin-pemimpin dari 21 entiti ekonomi di Asia Pasifik turut hadir dalam sidang itu dan berbincang tentang beberapa topic seperti kaedah untuk menghadapi krisis kewangan global, memulihkan pertumbuhan ekonomi dunia, dan mempergiat integrasi serantau.
• APEC Cadangkan Model Pertumbuhan Ekonomi yang Baru 2009-11-13
Sidang Peringkat Menteri ke-21 dan Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan APEC ke-16 berakhir di Singapura petang semalam. Para peserta menyatakan bahawa, walaupun ekonomi global pulih daripada kemelesetan, namun masih belum sampai waktunya untuk membatalkan dasar merangsang. Pelbagai entiti ekonomi perlu menggalakkan permintaan domestik bagi mewujudkan pertumbuhan secara berterusan.
• Presiden Hu Mulakan Lawatan ke Malaysia dan Singapura 2009-11-10
Presiden China, Hu Jintao berlepas dari Beijing pada pukul 10.00 pagi tadi ke Kuala Lumpur kerana melawat Malaysia dan Singapura selama 6 hari. Dalam tempoh ini, Presiden Hu akan menghadiri Sidang Tidak Rasmi Pemimpin APEC ke-17 di Singapura. Semasa sidang tersebut, Presiden Hu akan menerangkan secara menyeluruh pandangan China tentang usaha menghadapi krisis kewangan antarabangsa dan memulihkan pembangunan ekonomi, pendirian kerajaan China dalam menghadapi perubahan iklim, dan pandangan China terhadap perkembangan APEC pada masa depan...
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China