Sayap: Destinasi Pelancongan di Provinsi Jiangxi (Audio) Melur dan Farah sudah ikut serta Rombangan Wartawan CRI ke Jiangxi untuk membuat liputan di provinsi Jiangxi pada 20 hingga 25 April ini. Dalam ruangan Sayap minggu ini, saudara dapat mendengar laporan mereka dari Jiangxi tentang pelbagai destinasi pelancongan menarik seperti Gunung Longhu, Gunung Sanqing, kampung Wuyuan dan "Kota Tembikar" Jingdezhen di provinsi ini. |
Farah: Perjalanan di Jiangxi (25 April 2011) Wah, hari ini kami berangkat pulang ke Beijing, sedih betul rasanya nak tinggalkan provinsi Jiangxi. Sebelum ke lapangan terbang, masih ada satu lagi destinasi yang perlu kami lawat, menara Teng Wang Ge. Di bahagian selatan China ini ada 3 menara yang amat terkenal, salah satunya menara Teng Wang Ge di bandar Nanchang. |
Farah: Perjalanan di Jiangxi (24 April 2011) Tempat penginapan kami terletak di celah-celah gunung. Ada banyak pokok. Patutlah waktu malam dan paginya sejuk. Kata pemandu pelancong, di sebalik banjaran gunung di belakang tempat penginapan kami itu provinsi Anhui. Wah, dekat saja ya? Awal-awal pagi lagi kami dibawa ke Wanghu. Di situ ada kawasan hutan simpan yang ada laluan untuk pendaki. Bila diberitahu akan ada pendakian lagi, saya risau sikit. Kaki sebenarnya masih lenguh, kesan mendaki gunung Sanqing dua hari lalu. |
Farah: Perjalanan di Jiangxi (23 April 2011) Wah, letih betul saya semalam. Tidur lena yang tak jaga-jaga. Sedar-sedar hari sudah cerah. Pagi ini kaki rasa lenguh sikit, tapi tak hairanlah, semalam kan separuh hari mendaki gunung? Lepas sarapan kami terus ke kampung Likeng untuk lihat ladang bunga sesawi. Bunga sesawi ini kecil-kecil dan berwarna kuning. Pokoknya tinggi, ada yang sampai ke paras dada orang dewasa. Pokok sesawi ditanam untuk minyaknya. Biji bunga sesawi juga boleh dijadikan rempah. |
Farah: Perjalanan di Jiangxi (22 April 2011) Petang semalam setelah mendaki sebahagian dari gunung Sanqing, kami tiba di sebuah rumah penginapan di celah-celah gunung. Tempat penginapan itu cukup cantik, bilik-bilik tetamunya dibahagikan kepada beberapa buah bangunan kecil yang diantaranya ada halaman. Setiap halaman dihiasi dengan pokok-pokok bunga, batu, pasu dan arca yang kecil dan comel. |
Farah: Perjalanan di Jiangxi (21 April 2011) Hari kedua di Provinsi Jiangxi. Waktu pagi sejuk sedikit. Mungkin sebab kawasan ni banyak pokok. Kedatangan rombongan kami disambut dengan meriah. Upacara perasmian lawatan rombongan wartawan dari CRI diadakan di sebuah lapangan berhampiran dengan tempat penginapan kami pada pukul lapan. Lapangan itu berlatar belakangkan Gunung Longhu. Akhirnya "naga dan harimau" yang terkenal itu kelihatan juga. |
Farah: Perjalanan di Jiangxi (20 April 2011) Perjalanan hari ini bermula awal pagi. Bas ke lapangan terbang bertolak dari CRI pada pukul 9 tepat. Di lapangan terbang ramai orang. Nasib baik kami tiba awal. Kapal terbang yang kami naiki itu juga penuh, langsung tidak ada tempat duduk yang kosong. Semua orang nak ke Nanchangkah? Agaknya betullah apa yang orang kata, ya? Ini memang musimnya untuk melawat provinsi Jiangxi. |
Webradio | ||||
|
||||
Siaran Bahasa Melayu: | ||||
|
||||
Jadual Siaran |
Dengar Dalam Talian |
Menarik |
Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga |
Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan |
Lagi>> |