Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Perancis, Francois Hollande mengadakan rundingan di Paris semalam. Kedua-dua pemimpin menyingkap kembali perkembangan hubungan kedua-dua negara dalam tempoh 50 tahun yang lalu dan merancang pembinaan hubungan tersebut pada masa dadapan.
Xi berkata, beliau amat gembira berpeluang melawat Perancis sempena ulang tahun ke-50 terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua negara. Beliau juga mengemukakan empat cadangan bagi memperkasakan hubungan antara kedua-dua pihak.
Hollande pula berkata, pihaknya berusaha untuk merapatkan hubungan rakan strategik komprehensif dengan China. Beliau berharap kedua-dua negara mengekalkan pertukaran antara pemimpin, memperdalam dialog politik, meningkatkan kerjasama dalam pelbagai aspek serta meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dalam hal ehwal serantau dan antarabangsa.