Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Pusat China mengumumkan, pihaknya akan terus mengamalkan dasar monetari yang stabil. Selain itu, China akan mengamalkan pelbagai dasar untuk menjamin kecairan monetari, peningkatan pinjaman kredit dan tawaran awam permulaan (IPO) yang sesuai, memperbaiki dan menyempurnakan struktur IPO dan pinjaman kredit, memperkasakan pembaharuan terhadap sistem kewangan serta menjamin kestabilan tukaran mata wang RMB.