Cari:
6,388 Orang Maut Akibat Wabak Ebola
2014-12-11 16:04:44 CRI Cetak

Menurut statistik terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 17,942 orang disyaki atau disahkan dijangkiti virus Ebola yang menular dari Afrika Barat, dengan 6,388 orang dilaporkan maut.

Utusan Khas PBB bagi wabak Ebola, David Nabarro berkata, negara-negara yang terbabit telah bertindak secara berkesan dalam menghadapi penularan wabak tersebut dengan sokongan masyarakat antarabangsa. Tetapi tindakan berkenaan perlu dijalankan dengan kekal dan bersungguh-sungguh untuk mengawal penularan wabak tersebut bagi jangka masa panjang.

WHO, Bank Dunia (WB), Bank Pembangunan Afrika (ADB) dan Pertubuhan Kesihatan Afrika Barat (WAHF) mengadakan sidang peringkat tinggi di Geneva pada 10 hingga 11 Disember ini untuk mengadakan perbincangan bagi menubuhkan sistem kesihatan dan perubatan yang lebih berkesan di negara-negara dilanda wabak Ebola.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China