Cari:
Wabak Ebola Tidak Akan Menular di AS
2014-10-04 14:03:14 CRI Cetak

Setelah kes Ebola yang pertama ditemui di AS, semakin ramai orang berasa panik akan penyakit itu merebak di negaranya. White House mengadakan sidang akhbar semalam untuk memaklumkan situasi berkenaan. Menurut pakar penyakit berjangkit, AS mempunyai sistem perubatan yang paling canggih di dunia. Wabak itu dijangka tidak akan menular di negaranya.

Penolong Presiden yang bertanggungjawab tentang keselamatan tanah air dan antikeganasan, Lisa Monaco berkata, pihaknya telah mengambil pelbagai langkah bagi mencegah penularan wabak Ebola termasuk mengawal sumber penularan di Afrika Barat, mengurangkan lingkungan penularan serta mengadakan kerjasama antarabangsa untuk membina sistem keselamatan kesihatan sejagat.

Selain itu, sektor kesihatan telah memulakan penyelidikan untuk mencipta vaksin berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China