Cari:
Empat Percanggahan dalam Sidang Iklim di Lima
2014-12-12 15:09:20 CRI Cetak

Sidang perubahan PBB yang diadakan di Lima, Peru diadakan pada 1 hingga 12 Disember ini menurut jadual asalnya. Tetapi sidang tersebut mungkin ditangguh lagi disebabkan percanggahan pendapat yang besar antara para hadirin. Ketua delegasi China yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Pembaharuan China, Xie Zhenhua berkata, terdapat empat percanggahan pendapat dalam sidang kali ini. Pertama, bagaimana menunjukkan prinsip "tanggungjawab yang bersama tetapi berlainan" dalam perjanjian yang akan ditandatangani dalam sidang iklim di Paris pada tahun hadapan. Kedua, sama ada negara-negara yang terlibat dapat mengumumkan "sumbangan yang ditentukan sendiri" menurut jadual atau tidak. Ketiga, bagaimana negara-negara maju menunaikan janji mereka bagi menubuhkan dana iklim hijau berjumlah USD 100 bilion. Dan keempat, isu pemindahan teknologi yang dijadikan fokus negara-negara membangun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China