Rundingan pusingan kedua PBB mengenai iklim yang berlangsung selama dua minggu berakhir di Bonn, Jerman semalam. Pelbagai pihak yang berkaitan terus berusaha untuk mencapai persepakatan bagi mencapai perjanjian baharu mengenai perubahan iklim. Tetapi rundingan tentang negara-negara maju mengurangkan jumlah pelepasan dan menyediakan sokongan modal dan teknologi kepada negara-negara membangun dalam bidang tersebut belum berhasil.
Wakil khas Kementerian Luar China, Gao Feng berkata, pelbagai pihak masih mempunyai percanggahan pendapat tentang inti perjanjian baharu dan sumbangan pelbagai negara bagi mengatasi perubahan iklim. Usaha mengurangkan jumlah pelepasan negara-negara maju tidak selaras dengan tanggungjawabnya. Negara-negara membangun termasuk China memberikan perhatian yang tinggi tentang hal tersebut dan menggesa negara-negara maju mengambil langkah realistik dan menunaikan janji mereka.