Cari:
Ban Ki-moon Puji Tinggi Usaha China Bagi Tangani Perubahan Iklim
2014-12-11 12:29:47 CRI Cetak

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon memuji daya pimpinan China bagi menangani masalah perubahan iklim. Beliau menyatakan demikian ketika ditemui ketua delegasi China yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Pembaharuan, Xie Zhenhua yang menghadiri sidang iklim di Lima, Peru pada 9 Disember yang lalu.

Menurut Ban, Kenyataan Bersama China-AS mengenai Perubahan Iklim berperanan penting dalam bidang tersebut. Kedua-dua negara menjadi teladan menangani isu "tanggungjawab bersama-sama tetapi berlainan".

Xie Zhenhua pula berkata, pihaknya akan terus memperkasakan Kerjasama Selatan-Selatan dan menyelesaikan masalah yang diberi perhatian negara-negara membangunan. Selain itu, pelbagai pihak perlu bekerja dan berusaha bersama-sama untuk menghadapi cabaran perubahan iklim.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China