Cari:
Iran Paksa Pesawat NATO Mendarat
2015-01-06 15:14:33 CRI Cetak

Angkatan udara Iran menegaskan semula larangan penerbangan terhadap pesawat NATO, selepas tentera negara itu bertindak memaksa sebuah pesawat NATO yang hendak melalui ruang udara Iran mendarat pada 2 Januari lalu.

Menurut pihak tentera Iran, pesawat berkenaan yang membawa 104 orang pegawai kanan NATO dan anggota tentera marin AS, berlepas dari Afghanistan. Ketika tiba di sempadan Iran, pesawat itu menukar nombor penerbangannya dan menyamar sebagai pesawat komersial sebelum memasuki ruang udara Iran.

Sebelum ini, pihak berkuasa Iran telah mengumumkan melalui Persatuan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bahawa pesawat yang tertentu termasuk pesawat NATO dilarang memasuki ruang udara Iran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China