Cari:
Pembolos DPRK Maut
2015-01-08 12:44:16 CRI Cetak

Pembolos dari Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) yang merentas sempadan dan menembak mati empat orang warga China telah maut. Perkara tersebut disahkan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei semalam.

Hong berkata, polis China segera bertindak memburu pembolos tersebut selepas insiden berkenaan berlaku. Pembolos itu cedera semasa operasi penangkapan dijalankan, dan maut selepas rawatan gagal.

Beijing telah mengemukakan bantahan kepada Pyongyang susulan kes pembolos DPRK menembak mati warga China. DPRK menyatakan kekesalan atas kejadian tersebut dan menyampaikan rasa simpati kepada keluarga mangsa yang terlibat. Pihak yang berkaitan dari kedua-dua negara sedang menjalankan siasatan dan menangani perkara tersebut mengikut undang-udang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China