Cari:
Rundingan Isu Ukraine di Berlin
2015-01-10 16:08:23 CRI Cetak

Menteri luar dari Rusia, Jerman, Perancis dan Ukraine akan mengadakan pertemuan di Berlin pada 12 Januari ini untuk membincangkan situasi semasa di Ukraine.

Para menteri luar telah membincangkan kaedah untuk menyelesaikan krisis di timur Ukraine secara damai melalui telefon semalam. Mereka menggesa pihak-pihak yang terlibat melaksanakan sepenuhnya Perjanjian Minsk untuk menyelesaikan krisis tersebut.

Agensi berita Interfax Rusia memetik pegawai kementerian luar Ukraine sebagai berkata, jikalau rundingan di Berlin dapat mencapai hasil, pemimpin dari empat negara tersebut mungkin akan mengadakan rundingan di Astana, Kazakhstan pada 15 Januari ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China