Cari:
SCO Kemuka Draf Peraturan Keselamatan Siber kepada PBB
2015-01-10 16:57:35 CRI Cetak

China, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Rusia, Tajikistan and Uzbekistan, iaitu enam anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) mengemukakan draf kemas kini Kod Tatalaku Antarabangsa Mengenai Keselamatan Maklumat kepada PBB semalam.

Wakil tetap keenam-enam negara tersebut ke PBB dalam surat yang ditandatangani bersama kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, meminta beliau mengedarkan versi baharu peraturan itu sebagai dokumen rasmi dalam Perhimpunan Agung ke-69.

Para anggota SCO menyeru negara-negara terlibat mengadakan perbincangan lanjut tentang isu tersebut dalam rangka PBB, dan mencapai kata sepakat secepat mungkin bagi menyeragamkan norma dan peraturan antarabangsa mengenai maklumat dan aktiviti melalui ruang siber.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, isu keselamatan maklumat dan siber semakin menarik perhatian masyarakat antarabangsa. Semakin banyak negara menyeru supaya peraturan antarabangsa mengenai hal tersebut dirangka secepat mungkin.

Lihat juga
berita lain
v Forum Peniaga Cina Dunia Ke-8 di Moscow 2014-10-25 15:34:02
v Kemerdekaan Scotland Ditolak 2014-09-19 14:41:26
v Simposium SCO Bicang Pembanterasan Keganasan 2013-10-26 15:07:55
v Sidang Kemuncak SCO Tamat 2013-09-14 16:09:20
v Mesyuarat ke-13 Majlis Ketua Negara SCO 2013-09-13 14:39:19
v Republik Korea dan A.S. Bersama Siasat Nahas Udara 2013-07-07 15:19:51
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China