Cari:
AS Tolak Cadangan DPRK
2015-01-11 16:37:36 CRI Cetak

AS menolak cadangan yang dikemukakan oleh Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) untuk menggantung ujian nuklear jika AS dan Republik Korea (RoK) membatalkan latihan ketenteraan bersama pada tahun ini.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Jen Psaki semalam berkata, mengaitkan latihan rutin AS-RoK dengan ujian nuklear adalah "tidak sesuai". Beliau turut menyifatkan cadangan DPRK itu sebagai "ancaman yang tersirat".

Menurut Psaki, latihan ketenteraan bersama antara AS dengan RoK telah diadakan selama kira-kira 40 tahun. DPRK akan membelakangi pelbagai resolusi Majlis Keselamatan PBB jika negara itu mengadakan ujian nuklear pusingan baharu.

Beliau turut menegaskan bahawa pintu dialog kepada DPRK tetap terbuka. DPRK perlu segera menghentikan semua ancaman, meredakan ketegangan serta mengambil langkah untuk mewujudkan keadaan bebas nuklear bagi memulihkan rundingan yang berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China