Cari:
Fan Changlong Ditemui Ketua Turus Pakistan
2015-01-25 15:44:59 CRI Cetak

Naib Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Fan Changlong telah ditemui Ketua Turus Tentera Darat Pakistan, Raheel Sharif di Beijing hari ini.

Fan berkata, kerjasama antara pasukan tentera kedua-dua negara amat pragmatik, komprehensif dan mendalam. Pihaknya mengutuk keras serangan ganas yang menyasarkan sekolah kanak-kanak tentera darat di Pakistan pada Disember yang lalu. Menurutnya, China akan terus menyokong usaha pihak berkuasa Pakistan untuk memelihara keselamatan dan kestabilan negara serta membanteras keganasan.

Raheel Sharif mengucapkan terima kasih atas sokongan dan bantuan dari China sejak sekian lama. Pihaknya akan terus berusaha menyumbang kepada kedamaian, kestabilan dan kemakmuran di kedua-dua negara dan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China