Cari:
Rundingan Pusingan Baharu Isu Nuklear Iran
2015-02-23 14:29:35 CRI Cetak

Rundingan pusingan baharu mengenai perjanjian komprehensif isu nuklear Iran yang dihadiri perwakilan dari AS, Britain, Perancis, China, Rusia, Jerman dan Kesatuan Eropah (EU) telah diadakan di Geneva semalam.

Pengarah Jabatan Kawalan Senjata Kementerian Luar China, Wang Qun, yang menghadiri rundingan tersebut berkata, rundingan kali ini amat pragmatik dan mempunyai suasana yang baik. Pelbagai pihak mengadakan perbincangan tentang masalah perjanjian komprehensif tersebut. Pihak-pihak terbabit bersetuju untuk mengadakan rundingan lagi pada akhir bulan ini tetapi waktu dan tempat masih belum ditetapkan.

AS dan Iran telah menghantar delegasi yang besar untuk rundingan tersebut.

Setiausaha Sumber Tenaga AS, Ernest Moniz, dan Pengerusi Agensi Tenaga Atom Iran, Ali Akbar Salehi buat pertama kalinya menghadiri rundingan tersebut. Menurut pandangan umum, rundingan kali ini bukan sahaja melibatkan bidang politik, tetapi juga bidang teknikal.

Setiausaha Negara, John Kerry menyatakan baru-baru ini, pihaknya dan Iran masih mempunyai percanggahan pendapat yang besar dan perjalanan yang masih jauh.

Wang Qun berkata, isu teknikal mempunyai kaitan dengan isu politik. Komunikasi dan dialog melalui saluran teknikal dan saluran politik bermanfaat bagi rundingan ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China