Cari:
AS dan Iran Akhiri Rundingan Isu Nuklear
2015-02-24 13:22:28 CRI Cetak

Rundingan politik dan teknikal antara AS dengan Iran mengenai isu nuklear Iran berakhir di Geneva semalam. Kedua-dua pihak mengadakan perbincangan tentang masalah berkaitan dengan perjanjian komprehensif. Seorang pegawai kanan AS berkata, rundingan kali ini amat bermanfaat dan bersifat membina. Namun, perjalanannya masih jauh.

Kedua-dua pihak tidak memaklumkan topik dan keadaan rundingan kali ini. Media memetik ucapan pegawai AS sebagai berkata, kedua-dua pihak mengadakan perbincangan tentang beberapa masalah yang sulit. Tetapi sama ada sudah mencapai persetujuan atau tidak belum dapat ditentukan.

Enam negara yang terlibat dalam isu nuklear Iran akan mengadakan rundingan lagi dengan Iran pada akhir bulan ini. Menurut jadual, pihak-pihak yang berkaitan perlu mencapai perjanjian komprehensif menjelang 1 Julai nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China