Cari:
Masyarakat Antarabangsa Puji Diplomasi China
2015-03-10 15:45:59 CRI Cetak

Sempena berlangsungnya persidangan tahunan NPC dan CPPCC, tokoh-tokoh di seberang laut masing-masing memuji kejayaan diplomasi China serta inisiatif negara ini untuk menggalakkan pembinaan "Satu Jalur, Satu Laluan". Mereka berharap dapat meningkatkan kerjasama dengan China bagi mewujudkan pembangunan dan kemakmuran bersama.

Pakar isu antarabangsa dari Universitas Bina Nusantara Indonesia, Johannes berkata, usaha China untuk mendorong kesalinghubungan dan kerjasama maritim serantau melalui pembinaan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 akan membantu Indonesia merealisasikan matlamat menjadi gergasi maritim. Indonesia berharap dapat menyertai rangka kerjasama China tersebut demi pembangunan negara.

Penganalisis politik Indonesia, Bambang Suryono berkata, pembinaan "Satu Jalur, Satu Laluan" akan meningkatkan perdagangan dan hubungan persahabatan antara China dengan negara-negara yang terlibat dan mewujudkan kemakmuran bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China