Persidangan ke-3 Jawatankuasa kebangsaan ke-12 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) berakhir petang semalam. Menurut resolusi politik yang diluluskan semalam, persidangan kali ini amat berjaya, sekali gus memperlihatkan demokrasi, perpaduan dan kejujuran.
Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC, Yu Zhengsheng dalam ucapannya pada majlis penutupan menegaskan, ahli CPPCC harus mencurah bakti kepada rakyat, mematuhi tatamoral dan memiliki disiplin diri, serta mengekalkan permesyuaratan demokratik dan bertoleransi.