Cari:
Forum Ekonomi Dunia di Indonesia
2015-04-10 16:26:55 CRI Cetak

Forum Ekonomi Dunia akan diadakan di Jakarta pada 19 hingga 21 April ini. Indonesia berharap dapat menarik lebih banyak pelaburan asing untuk merangsang pertumbuhan ekonominya melalui forum tersebut.

Menteri Perdagangan, Rachmat Gobel berkata, pihaknya akan berusaha meyakinkan lebih banyak syarikat asing melabur di Indonesia. Jawatankuasa penganjur forum kali ini telah mengemukakan undangan kepada lebih seribu usahawan dan ahli politik. Para hadirin akan mengadakan perbincangan mengenai perdagangan antarabangsa, keselamatan makanan, pembekalan sumber tenaga secara berterusan, pembinaan Komuniti Ekonomi ASEAN, dan sebagainya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China