Persidangan PBB untuk memperingati ulang tahun ke-70 berakhirnya Perang Dunia II diadakan semalam. Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Pengerusi Perhimpunan Agung ke-69, Sam Kahamba Kutesa telah menanam pokok ceri di depan bangunan PBB. Ban berkata, kira-kira 70 tahun yang lalu, pengasas PBB berharap agar rakyat seluruh dunia dapat mengatasi ketakutan dan membina masa depan yang cerah.
Dalam tempoh 70 tahun yang lalu, PBB telah mencapai kejayaan cemerlang, di samping menghadapi pelbagai cabaran.
Duta Besar China ke PBB, Liu Jieyi berkata, kemenangan perang anti-Fasis dicapai berdasarkan pengorbanan besar rakyat seluruh dunia termasuk rakyat China. Perang tersebut perlu diingati untuk selama-lamanya.