Akhbar Rusia telah menyiarkan rencana Presiden China, Xi Jinping yang bertajuk "mengenang sejarah dan mencipta masa depan" sempena upacara memperingati ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Patriotik Soviet di Rusia.
Rencana itu telah menyingkap kembali perjuangan kedua-dua negara dalam peperangan tersebut dan prospek kerjasama yang saling menguntungkan demi masa depan yang cerah.
Rencana tersebut telah mendapat sambutan hangat daripada tokoh politik, akademik dan lapisan masyarakat Rusia. Pelbagai media Rusia telah menerbitkan rencana tersebut. Menurut tokoh-tokoh Rusia, Presiden Xi merupakan "tetamu kehormat" Rusia.
Kedua-dua negara sama-sama memperingati kemenangan peperangan tersebut yang telah berperanan penting dalam kedamaian, kerjasama dan pembangunan dunia.