Cari:
Xi Jinping: Hubungan China-India Signifikan bagi Dunia
2014-09-18 16:56:36 CRI Cetak

Presiden India, Pranab Kumar Mukherjee telah mengadakan upacara sambutan yang meriah untuk Presiden China, Xi Jinping di New Delhi hari ini.

Selepas upacara itu, Xi memberitahu media bahawa China dan India merupakan dua negara bersejarah yang bertamadun, dua negara membangun, dan pasaran baru muncul yang terbesar di dunia. Kedua-dua negara ini menjadi dua tenaga yang penting dalam proses kepelbagaian pola dunia. Hubungan antara kedua-dua negara ini mempunyai erti strategik yang penting bagi dunia. China dan India bekerjasama dan membangun bersama akan membawa manfaat kepada 2.5 bilion rakyat di kedua-dua negara di samping memberi faedah kepada Asia bahkan dunia. Beliau berharap lawatan kali ini dapat mewariskan persahabatan, memperkasakan kerjasama dan mewujudkan pembangunan bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China