Cari:
Loji Janakuasa Dushanbe, Hasil Kerjasama China-Tajikistan
2014-09-14 15:10:07 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Tajikistan, Emomali Rakhmonov semalam bersama-sama menghadiri upacara penyelesaian projek fasa pertama dan upacara perasmian projek fasa kedua bagi Loji Janakuasa Elektrik Dushanbe No.2 serta upacara perasmian projek pembinaan paip gas asli China-Asia Tengah jalan D yang merentasi wilayah Tajikistan.

Xi berkata, loji itu merupakan kerjasama pragmatik dan lambang persahabatan antara kedua-dua negara. Projek fasa pertama yang telah beroperasi membekalkan tenaga elektrik bagi penduduk Dushanbe.

Menurutnya, paip gas asli China-Asia Tengah memberikan manfaat kepada pelbagai pihak dan berperanan penting bagi mendorong pertumbuhan ekonomi serantau.

Emomali Rakhmonov pula berkata, loji itu sekali lagi membuktikan bahawa China merupakan rakan strategik yang ikhlas dan boleh dipercayaai bagi Tajikistan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China