Cari:
Xi Jinping Terus Lawat di Jerman
2014-03-30 14:32:20 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping yang meneruskan lawatannya di Jerman, tiba di Dusseldorf, ibu kota negeri Rhine-Westphalia Utara (NRW) petang semalam waktu tempatan. Ketika menemui Gabenor NRW, Hannelore Kraft, Presiden Xi berkata, NRW agak cemerlang dalam transformasi ekonomi dan pembangunan perbandaran secara berterusan. Kedua-dua pihak China dan NRW boleh memperkasa kerjasama. China mengalu-alukan NRW menyertai pembangunan Jalur Ekonomi Jalan Sutera.

Kraft pula berkata, hubungan dan pertukaran antara NRW dengan China agak rapat. Lebih 800 buah syarikat China melabur di negeri tersebut. Sementara itu, lebih seribu buah syarikat NRW melabur di China. Pihaknya bersedia meningkatkan pertukaran dan kerjasama dengan China dalam bidang ekonomi, perdagangan, pengangkutan, logistik dan kemanusiaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China