Cari:
China, Jerman, Rakan Strategik Komprehensif
2014-03-29 16:47:40 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping dan Canselor Jerman, Angela Merkel mengadakan rundingan di Berlin semalam. Kedua-dua pemimpin bertukar-tukar pendapat tentang masalah rantau dan antarabangsa yang penting. Mereka bersepakatan untuk meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara ke tahap rakan strategik komprehensif.

Presiden Xi mengemukakan empat cadangan untuk memperkasa hubungan antara kedua-dua negara termasuk meningkatkan komunikasi tentang masalah yang penting serta meningkatkan kepercayaan dari segi strategi, menubuhkan mekanisme pertukaran kemanusiaan peringkat tinggi, mengadakan pengajian tentang pembinaan kawasan perdagangan bebas China-Eropah serta menyelesaikan persengketaan perdagangan dan pelaburan melalui muafakat.

Angela Merkel pula berkata, pihaknya menyokong kestabilan dan pembangunan China, dan berharap untuk meningkatkan kerjasama dengan China dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelaburan, kewangan, sumber tenaga dan perlindungan alam sekitar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China