Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Afrika Selatan, Jacob Zuma hari ini saling mengirim surat tahniah atas berlangsungnya Tahun China-Afrika Selatan.
Menurut Xi, kedua-dua negara akan saling mengadakan aktiviti Tahun China dan Tahun Afrika Selatan pada tahun 2014 dan 2015. Aktiviti ini dipercayai akan berperanan meningkatkan persefahaman dan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara dan memperkasa hubungan rakan strategik komprehensif.
Zuma pula berkata, kerajaan dan rakyatnya berharap untuk menjayakan aktiviti tersebut. Beliau amat menantikan Tahun China yang diadakan di Afrika Selatan pada tahun 2015.