Cari:
Xi Jinping Berucap dalam Sidang Kemuncak SCO
2014-09-13 15:11:53 CRI Cetak

 

Mesyuarat ke-14 Lembaga Pengarah Ketua-ketua Negara Anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) diadakan di Dushanbe, Tajikistan semalam.

Presiden China, Xi Jinping ketika berucap dalam sidang itu berkata, pembangunan SCO kini berada pada fasa dan waktu yang penting. Semua negara anggota SCO bertanggungjawab untuk menjamin pertubuhan ini membawa keselamatan dan manfaat kepada rakyat negara masing-masing.

Beliau turut mengemukakan empat cadangan. Pertama, memelihara keselamatan dan kestabilan serantau merupakan misi. Kedua, mewujudkan pembangunan dan kemakmuran bersama merupakan matlamat. Ketiga, meningkatkan persefahaman antara rakyat merupakan visi. Dan keempat, meningkatkan pertukaran dan kerjasama merupakan momentum.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China