Cari:
Presiden Xi Sampaikan Dukacita Atas Kemangkatan Raja Abudullah
2015-01-25 15:06:57 CRI Cetak

Wakil Khas Presiden China yang juga Ahli Dewan Negara, Yang Jiechi telah menghadiri upacara perkabungan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah bin Abd al-Aziz di Riyadh semalam dan berbual secara ringkas dengan Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud.

Yang bagi pihak pemimpin, kerajaan dan rakyat China menyampaikan dukacita atas kemangkatan baginda, dan juga menyampaikan ucapan daripada Presiden China, Xi Jinping. Menurut Xi, raja Abudullah merupakan ahli politik yang dihormati, baginda memberikan sumbangan yang besar bagi kesejahteraan dan pembangunan ekonomi di Arab Saudi serta kedamaian dan kestabilan serantau dan antarabangsa. Baginda memberikan perhatian yang tinggi tentang kerjasama antara China dengan Arab Saudi dalam pelbagai bidang. Beliau amat sedih kerana kehilangan seorang sahabat yang karib.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China