Cari:
Hubungan Rakan Strategi China-Peru
2015-05-23 15:18:06 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang menemui Presiden Peru, Humala di Lima petang semalam. PM Li berkata, pihaknya bersedia memperkasakan kerjasama pragmatik dan penyelarasan tentang hal ehwal serantau dan antarabangsa dengan Peru agar mewujudkan pembangunan dan kemakmuran bersama antara kedua-dua negara, malah antara negara-negara membangun. Menurutnya, China dan Peru berusaha merangsang pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Kedua-dua negara boleh mempergiat kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk kelengkapan, petroleum, sumber tenaga yang bersih, perlombongan, pertanian, perhutanan dan perikanan.

Presiden Humala mengalu-alukan lawatan PM Li kali ini. Menurutnya, Peru memberikan perhatian yang tinggi tentang hubungan dengan China. Pihaknya bersedia memperkasakan hubungan rakan strategi komprehensif dengan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China