Cari:
Perdana Menteri China, Li Keqiang, tiba di Brussels, Belgium petang semalam untuk menghadiri Sidang Pemimpin China-Kesatuan Eropah (EU) ke-17.
2015-06-29 13:01:30 CRI Cetak

Menurut PM Li, hubungan antara China dengan EU telah berkembang selama 40 tahun. China tetap menyokong integrasi EU dan berusaha membina hubungan rakan strategik komprehensif yang saling menguntungkan kedua-dua pihak. PM Li amat menanti-nantikan perbincangan dengan pemimpin baharu EU tentang peningkatan kerjasama pragmatik dan bertukar-tukar pendapat tentang pelbagai isu serta memperkasakan ruang kerjasama komprehensif.

Selain sidang pemimpin tersebut, PM Li akan menghadiri pelbagai aktiviti lawatan di Brussels antaranya termasuklah upacara perasmian Sidang Kemuncak Industri dan Perdagangan China-Eropah ke-17, Simposium Perkongsian Urbanisasi China-Eropah serta menemui Perdana Menteri Belgium dan para pemberita.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China