Laman Web Hak Asasi Manusia China versi bahasa Mandarin dan bahasa Inggeris edisi baharu yang dikendalikan oleh Persatuan Pengajian Hak Asasi Manusia China telah dirasmikan baru-baru ini. Laman web ini merupakan laman web edisi ketiga sejak laman web tersebut dirasmikan pada Ogos 1998.
Laman Web Hak Asasi Manusia China yang merupakan satu-satunya laman web dalam bidang hak asasi manusia di negara ini, menunjukkan kejayaan pembangunan, cerita, pandangan sarjana dan hasil penyelidikan dalam bidang hak asasi manusia.
Selain menambah pengetahuan, laman web itu juga berfungsi membantu meningkatkan kesedaran masyarakat dalam bidang tersebut.