Cari:
China dan Indonesia Sedia Bekerjasama
2015-07-03 15:17:00 CRI Cetak

Duta Besar baharu China ke ASEAN, Xu Bu menemui Direktur Jendera Kerja Sama ASEAN Kementerian Luar Negeri Indonesia, Agung Wesaka Puja, di Jakarta baru-baru ini. Kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat tentang pembinaan Komuniti ASEAN dan kerjasama antara China dengan ASEAN.

Xu Bu berkata, tahun ini merupakan ulang tahun ke-65 terjalinnya hubungan diplomatik China-Indonesia. Pemimpin kedua-dua negara saling mengunjungi dan meningkatkan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang. China dan Indonesia merupakan negara membangun di Asia, oleh itu perlu meningkatkan kerjasama strategik sesuai dengan kepentingan kedua-dua pihak.

China memberikan perhatian yang serius mengenai kedudukan dan peranan Indonesia dalam ASEAN dan bersedia untuk meningkatkan komunikasi dan penyelarasan antara kedua-dua negara.

Agung Wesaka Puja pula berkata, Indonesia dan China merupakan sahabat yang berjiran. Pihaknya sentiasa memberikan perhatian kepada pengaruh China dalam hal ehwal serantau dan antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China