Akhbar Nanyang Siang Pau melaporkan, taman bioteknologi yang terbesar di Malaysia akan dibina di negeri Selangor dalam tempoh tiga tahun akan datang. Pihak berkuasa negeri itu hendak membangunkan projek industri sains dan teknologi baharu, khususnya industri biologi dan sains serta teknologi hijau. Setakat kini, Selangor sudah mulai mengadakan tinjauan dan penyelidikan di taman berkenaan di AS dan Negeri Johor.