Naib Presiden Persatuan Hubungan Seberang Selat Taiwan (ARATS) yang berpangkalan di Beijing, Sun Yafu ketika menghadiri simposium hubungan Makau-Taiwan 2015 di Makau semalam berkata, pihak-pihak yang berkenaan perlu memelihara proses pembangunan damai hubungan kedua-dua pantai selat Taiwan, mempertahankan "Persepakatan Tahun 1992" serta menentang asas politik "kemerdekaan Taiwan". Menurutnya, pihak-pihak berkaitan perlu mengekalkan pertukaran, kerjasama dan muafakat, menggalakkan saudara setanah air di kedua-dua pantai selat Taiwan bersatu padu serta menentang aktiviti pemecahbelahan anjuran aktivis "kemerdekaan Taiwan".