Sektor perikanan Indonesia baru-baru ini menyeru pihak kerajaan untuk menyerahkan kapal nelayan warga asing yang menangkap ikan secara haram di kawasan perairan kepada nelayan tempatan.
Menurut Pengerusi Persatuan Nelayan Indonesia cawangan Kupang, nelayan tempatan memerlukan sejumlah besar kapal. Daripada memusnahkan kapal yang dirampas, lebih baik menyerahkan kapal itu kepada nelayan tempatan.
Pakar ekonomi dari Kupang, Thomas menyokong cadangan tersebut. Namun, beliau menyeru pihak kerajaan agar membuat penelitian berdasarkan undang-undang bagi mengelakkan berlakunya sebarang pertikaian undang-undang pada masa hadapan.