Mantan Pengerusi Parti Kuomintang, Lien Chan, akan tiba di Beijing bagi menghadiri upacara memperingati ulang tahun ke-70 Kemenangan Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia.
Beliau akan bertemu dengan Presiden China, Xi Jinping.
Selain Lien Chan, askar-askar veteran yang pernah menyertai perang tersebut, wakil askar yang terkorban dan tokoh-tokoh daripada kalangan masyarakat Taiwan akan menyertai sambutan upacara tersebut.
Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara, Fan Liqing berkata, pihaknya mengalu-alukan rakyat Taiwan melibatkan diri dalam sambutan upacara kali ini.