Aktiviti pertukaran budaya dan pelancongan China-Thailand 2015 diadakan di Phuket, Thailand semalam. Pegawai Thai berkata, pertukaran antara Thai dengan China dalam kedua-dua bidang tersebut semakin mendalam. Jumlah pelancong China menduduki nombor satu dalam jumlah pelancong asing di Thai. Keadaan ini merangsang perkembangan ekonomi Thai dan meningkatkan hubungan persahabatan rakyat kedua-dua negara.
Atase Kebudayaan Kedutaan Besar China ke Thai, Chen Jiang berkata, pihaknya memberikan perhatian yang tinggi tentang hubungan kerjasama dan persahabatan dengan Thai. China bersedia bersama-sama Thai untuk meningkatkan kepercayaan dari segi strategi, memperkasakan kerjasama yang saling menguntungkan serta mengembangkan pelaburan dan kerjasama pelancongan.