Hari ini merupakan ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik China-Thailand. Duta Besar Thailand ke China menyampaikan ucapan tahniah dalam akhbar Renminribao. Menurut beliau, hubungan persahabatan antara kedua-dua negara akan memberikan sumbangan kepada pembangunan serantau.
Thailand dan China akan memperkasakan pertukaran dan kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, sosial dan kemanusiaan. China merupakan rakan perdagangan yang terbesar bagi Thailand.
Jumlah perdagangan bilateral mencatat USD 70 bilion pada tahun lalu. Jumlah pelancong China yang melawat ke Thailand dijangka akan mencatat lima juta orang pada tahun ini dan merupakan jumlah pelancong asing yang paling ramai melawat ke negara tersebut.
Kerjasama antara kedua-dua negara dalam pembinaan landasan kereta api merupakan projek peringkat awal bagi pembinaan Satu Jalur Satu Laluan (OBAOR) dan kesalinghubungan kedua-dua negara.