Akhbar Renminribao China dalam rencana yang disiarkan hari ini menyebut, lawatan rasmi Presiden, Xi Jinping ke AS nanti berkaitan dengan kepentingan asas rakyat kedua-dua negara.
Lawatan tersebut akan memberikan pengaruh yang luas terhadap situasi serantau dan antarabangsa.
Seiring dengan jurang perbezaan keupayaan yang semakin kecil antara China dengan AS, hubungan kedua-dua negara menghadapi cabaran akibat perubahan situasi bilateral, multilateral dan sejagat.
China dan AS mempunyai percanggahan tentang isu Laut China Selatan dan keselamatan siber.
Kedua-dua negara perlu hormat-menghormati dan berusaha bersama-sama dalam menyelesaikan isu-isu tersebut.
Hubungan saling mempercayai merupakan asas penting bagi hubungan kedua-dua negara.