Cari:
AS Digesa tidak Pilih Kasih dalam Isu Laut China Selatan
2015-06-30 15:04:42 CRI Cetak

Amerika Syarikat (AS) digesa tidak bersikap pilih kasih dalam isu Laut China Selatan. Sebaliknya, negara itu perlu membuat penelitian berdasarkan kebenaran, menghormati kedaulatan dan kepentingan China serta menghentikan kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan menimbulkan ketegangan di rantau ini.

Timbalan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken baru-baru ini berkata, projek tebus guna tanah yang dijalankan oleh China di Laut China Selatan telah menjejaskan kedamaian dan kestabilan di kawasan perairan tersebut. China mahu mengubah situasi di kawasan perairan tersebut secara sepihak.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying, semalam membantah kenyataan tersebut dan menegaskan pembinaan tersebut dalam kedaulatan China.

Tindakan AS tersebut sama sekali berbeza dengan tindakan AS terhadap beberapa negara yang menduduki terumbu China secara haram dan menjalankan pembinaan "haram" di kawasan perairan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China