Cari:
Xi, Obama Bincang Hubungan Bilateral, Situasi Ukraine
2014-03-10 16:04:21 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping menghubungi rakan sejawatnya dari AS, Barack Obama menerusi telefon untuk bertukar-tukar pendapat tentang hubungan antara kedua-dua negara dan situasi semasa di Ukraine.

Xi berkata, beliau dan Obama telah mencapai beberapa kata sepakat dalam dua pertemuan pada tahun lalu untuk membina hubungan baharu kuasa besar. Kedua-dua negara perlu menghormati dan prihatin terhadap kepentingan utama antara satu sama lain, di samping meningkatkan dialog, rasa saling mempercayai dan kerjasama untuk mendorong perkembangan yang sihat hubungan tersebut.

Obama berkata, tahun ini merupakan ulang tahun ke-35 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara. Beliau berharap kedua-dua negara mencapai hasil yang baharu dalam kerjasama dalam isu-isu utama.

Beliau menambah, pihaknya bersedia bekerjasama dengan China dalam usaha mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China