Cari:
Rumah Api di Laut China Selatan Berkhidmat untuk Kapal Pelbagai Negara
2015-10-11 15:22:07 CRI Cetak

Pembinaan dua buah rumah api di Terumbu Huayang dan Chigua, Kepulauan Nansha bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan kepada kapal-kapal yang belayar di Laut China Selatan dan menjamin keselamatan pelayaran di kawasan perairan tersebut.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying semalam berkata, pihak China telah mengeluarkan maklumat dan amaran pelayaran mengenai penggunaan kedua-dua rumah api tersebut menurut undang-undang China dan kelaziman antarabangsa.

Menurutnya, Laut China Selatan merupakan laluan perkapalan antarabangsa dan pusat perikanan yang penting. Terdapat sejumlah besar kapal belayar di kawasan perairan tersebut. Pembinaan kedua-dua rumah api itu akan memberikan isyarat kepada kapal-kapal berkenaan agar meningkatkan keselamatan pelayaran.

Beliau menegaskan, Chian akan terus membina kemudahan kegunaan awam di Laut China Selatan agar memberikan perkhidmatan kepada kapal-kapal pelbagai negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China