Cari:
AS Gubal Strategi Baharu untuk Banteras IS
2015-10-28 14:46:20 CRI Cetak

Pentagon semalam mengumumkan strategi ketenteraan baharu untuk membanteras Negara Islam (IS). Setiausaha Pertahanan, Ashton Carter berkata, strategi itu terdiri daripada tiga bahagian termasuk meningkatkan serangan terhadap bandar Raqqa, markas IS di utara Syria, bekerjasama dengan pasukan tentera Iraq untuk mengambil balik Ramadi di barat negara itu serta peningkatan operasi sepihak pasukan tentera AS.

Menurutnya, pasukan tentera AS akan terus membantu rakan kerjasama yang berupaya untuk menyerbu sasaran IS. Serbuan AS bukan sahaja dilancarkan dari udara, tetapi juga secara langsung dari darat.

Menurut pegawai tentera AS, kerajaan Barack Obama sedang memikir untuk menambah pasukan tentera dalam operasi membanteras IS serta menyediakan sokongan dan mengerahkan penasihat ketenteraan kepada pasukan tentera Iraq.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China