Cari:
Li Keqiang Hadiri Upacara Penutupan "Tahun Melancong China"
2015-11-01 16:35:12 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang dan Speaker Korea Selatan, Chung Ui-hwa bersama-sama menghadiri dan menyampaikan ucapan dalam upacara penutupan aktiviti "Tahun Melancong China" di Seoul.

Li mengucapkan tahniah atas kejayaan aktiviti kali ini. "Tahun Melancong Korea Selatan" akan diadakan di China pada tahun hadapan. Pihaknya akan menggalakan lebih ramai rakyat China melancong ke Korea Selatan. China juga mengalu-alukan lawatan rakyat Korea Selatan ke China. Ini akan meningkatkan persefahaman dan memperkukuh hubungan persahabatan antara kedua-dua negara.

Chung Ui-hwa pula berkata, pihaknya akan mengambil peluang "Tahun Melancong Korea Selatan" anjuran China untuk memperkasakan kerjasama antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China