Cari:
Kerajaan Jepun Dikehendaki Dorong Kerjasama dan Pembangunan Serantau
2015-11-01 16:38:41 CRI Cetak

Sidang pemimpin China, Jepun dan Korea Selatan ke-6 diadakan di Seoul semalam. Tokoh Jepun berpendapat, pihak berkuasa Jepun dikehendaki menunjukkan keikhlasannya untuk mendapat kepercayaan China dan Korea Selatan agar mendorong kerjasama dan pembangunan serantau.

Kerajaan Yoshihiko Nod dan Shinzo Abe telah mengambil langkah yang menjejaskan hubungan dengan China dan Korea Selatan. Pertukaran persahabatan antara Jepun dan China turut terjejas akibat dasar mereka.

Profesor Hiroshi Ohnishi dari Universiti Keio berkata, kerajaan Jepun patut bertanggungjawab tentang situasi yang buruk pada masa ini. Selain mengetepikan kata sepakat antara Jepun dengan China tentang isu wilayah, Shinzo Abe telah menziarahi Yasukuni Jinja yang dilihat amat menyinggung sentimen rakyat China dan Korea.

Sidang pemimpin China, Jepun dan Korea Selatan yang terputus selama lebih tiga tahun telah dipulihkan semula. Sarjana dari Universiti Shizuoka, Sen Masataka berkata, kerjasama, khususnya ketergantungan antara satu sama lain dalam bidang ekonomi dan perdagangan antara China, Jepun dan Korea Selatan semakin meningkat setelah memasuki abad ke-21. Beliau berharap sidang kali ini akan mewujudkan semula kepercayaan antara satu sama lain agar membina pelan "komuniti serantau".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China